Al-Quran adalah kitab Allah yang diturunkan di dalam bahasa Arab yang perlu kepada kita yang bukan berbangsa arab untuk mempelajari Al-Quran secara berguru. Ini kerana banyak sebutan yang dilafazkan di dalam bahasa arab tidak didapati di dalam bahasa melayu dan sebutan melayu ada yang tidak dilafazkan di dalam bahasa arab.
Oleh demikian kita perlu mengenali makhraj dan sifat-sifat huruf untuk menentukan bacaan kita betul atau tidak. Perlu diingatkan bahawa mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah tetapi, mengamalkanya ketika membaca Al-Quran adalah fardhu ain.
Mempelajari ilmu ini lidah kita akan terselamat dan terpelihara daripada kesalahan membaca dan menyebut huruf-huruf Al-Quran .Ana teringat pesanan Ustaz Abdul Bari Abdullah : Ramai lagi Qari yg kurang faham makhraj dan sifat huruf. Ingin ku pusing seluruh kelantan memberi penerangan bahawa ketepatan meyebut huruf bergantung 100% pd mahir sifat & makhraj.
(Imam Masjid Besar, Kubang Kerian )
Mudah-mudahan Allah swt menjadikan kita orang yang faqih di dalam mempelajari ilmu-ilmu Al Quran…
0 comments:
Post a Comment