Makna Abjad (Huruf Hijaiyah)
Di dalam kitab Pati Rahsia, ada diterangkan tentang khadam setiap huruf hijaiyah. Namun begitu, dalam bidang tasawuf sebenarnya ianya tertolak sama sekali kerana penjelasan tentang abjad atau huruf hijaiyah telah pun dikemukakan di dalam suatu hadis bertaraf maudhu.
Di dalam bidang pengubatan, huruf hijaiyah juga turut menjadi penawar. Contohnya ayat 1 dari surah Mariam iaitu (كهيعص), ayat 1 dari surah Al-Baqarah (الم) dan lain-lain ayat Al-Quran yang tidak diketahui maknanya kecuali yang telah jelas maksudnya seperti (طه) dan (يس) yang merujuk kepada nama Nabi Muhammad. Ini bermakna, garapan ayat ini adalah berasal dari ayat di dalam surah Al-Quran dan bukan rekaan semata-mata.
Ilmu huruf yang selain menggunakan ayat Al-Quran telah direka dan diterokai oleh Ahmad ibn ‘Ali ibn Yusuf al-Buni dan mula diaplikasikan di dalam bidang kerohanian dan tercatat dalam salah satu kitabnya berjudul Syamsul Maarif. Namun, kerahsiaan huruf dalam bidang kerohanian hanya cenderung kepada alam ghaib iaitu alam jin lalu diberi nama khadam kerana khidmat yang bakal dicurahkan melalui perjanjian tertentu. Allah telah menjelaskan di dalam Surah Al-Jin ayat 6:
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. Begitu juga Abu Amir Qadri telah mentafsirkan abjad dengan kefahaman bahasa Ibrani
Untuk tajuk kali ini, ana akan cuba berkongsi asal usul makna huruf hijaiyah itu sendiri. Walaupun ianya terdapat di kalangan Ulama Syiah dan termasuk di dalam hadis yang maudhu (palsu), sekurang-kurangnya pengetahuan ini dapat menyangkal dakwaan Al-Buni di dalam kitabnya Syamsul Maarif itu. Ana (Muallij Mustaqim) bukan berniat untuk memburukkan atau menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi ingin mengemukakan bukti yang tidak sahih yang ada sandarannya.
Hadis Maudhu 1: Makna Abjad (Huruf Hijaiyah)
Ishaq bin Bisyr berkata dari Juwaibir dan Muqatil, dari adh Dhahak, dari Ibnu Abbas bahawasanya Nabi Isa tidak berbicara lagi selepas bayi hingga meningkat kanak-kanak. Tatkala nabi isa telah mencapai usia 7 tahun, maka ibunya menyerahkan untuk belajar al-kitab. Maka gurunya tidaklah mengajar melainkan dia mendahuluinya.
Lalu guru itu mengajar abjad kepadanya. Nabi Isa bertanya kepadanya: "Apa itu abjad?" Gurunya menjawab: "Saya tidak tahu" Nabi Isa berkata: "Bagaimana engkau mengajarkan kepadaku sesuatu yang engkau sendiri tidak tahu?" Gurunya menjawab: "Sekarang ajarkanlah kepadaku.." Lalu Nabi Isa berkata: "Berdirilah engkau dari tempat dudukmu".
Mereka beralih tempat duduk dan Nabi Isa mengambil tempat dudu gurunya seraya Nabi Isa berkata: "Bertanyalah kepadaku" Lalu guru itu bertanya: "Apa itu abjad?" Nabi Isa menjawab: "Alif adalah pemberian Allah, Ba adalah keindahan Allah."
Guru itu kagum terhadap hal itu dan Nabi Isa adalah orang yang pertama mentafsirkan abjad!
Ishaq bin Bisyr menyebutkan bahawa Uthman bin Affan bertanya kepada Rasulullah tentang hal itu, lalu dijawab setiap kata. Namun hadis ini maudhu (palsu). Demikain juga hadis dari Ismail bin Iyasy, dari Ismail bin Yahya, dari Ibnu Abi Mulaikah, dari Ibnu Mas'ud, dari Mus'ir bin Kidam, dari Athiyah, dari Abi Sa'id. namun Ibnu Adi membatalkan sanad ini.
Makna Abjad (Huruf Hijaiyah)
Imam Ali ibn Musa al Reza bin Musa al-Kazim bin Abu Abdullah Jafar Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali bin Hussein As-Sajad bin Al-Hussein As-Sabath bin Ali bin Abi Talib (148-203) dalam tafsiran huruf abjad sebagaimana hadis di atas cuba menjelaskan seperti berikut:
أ ) آلاء الله تعالى
ب ) بهجة الله تعالى
ت ) تمام الأمر بقائم آل محمد عليهم السلام
ث ) ثواب المؤمنين على أعمالهم الصالحة
ج ) جمال الله تعالى وجلاله
ح ) حلم الله تعالى عن المذنبين
خ ) خمول ذكر أهل المعاصي عند الله عز وجل
د ) دين الله تعالى
ذ ) ذي الجلال
ر ) الرؤوف الرحيم
ز ) زلازل القيامة
س ) سناء الله تعالى
ش ) شاء الله ما شاء الله وأراد وما أراد وما تشاؤون إلا أن يشاء الله
ص ) صادق الوعد في حمل الناس على الصراط وحبس الظالمين عند المرصاد
ض ) ضلَّ من خالف محمداً وآل محمد
ط ) طوبى للمؤمنين وحُسن مآب
ظ ) ظنّ المؤمنين به خيراً ، وظنُّ الكافرين به سوءاً
ع ) من اسمه العالِم
غ ) من الغي
ف ) فوج من أفواج النار
ق ) قرآن على الله جمعه وقرآنه
ك ) من اسمه الكافي
ل ) لغو الكافرين في افترائهم على الله الكذب
م ) ملك الله يوم لا ملك غيره
ن ) نوال الله للمؤمنين ونكاله بالكافرين
و ) ويل لمن عصى الله تعالى
هـ ) هان على الله من عصاه
لا ) لا إله إلا الله وهي كلمة الإخلاص
ي ) يد الله فوق خلقه باسطة بالرزق
Hadis Maudhu 2: Makna Abjad (Huruf Hijaiyah)
Musa bin Jaafar berkata ra dengan dia dari bapanya, dari bapanya Hussein bin Ali ra dengan dia berkata: Yahudi datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan pada Ali bin Abi Talib dengan dia berkata kepadanya: Apakah makna dalam abjad? Jawab Rasulullah dan Ali bin Abi Talib: Semua huruf adalah nama-nama Allah, Ali berkata lagi:
أما الألف فالله الذي لاإله إلاهو الحي القيوم
وأما الباء فباق بعد فناء خلقه
وأما التاء فالتواب يقبل التوبة عن عباده
واما الثاء فالثابت الكائن يثبت الله الذين آمنوا بالقول الثابت
وأما الجيم فجل ثناؤه وتقدست أسماؤه
وأما الحاء فحق حي حليم
وأما الخاء فخبير بما يعمل العباد
وأما الدال فديان يوم الدين
وأما الذال فذو الجلال والإكرام
وأما الراء فرؤوف بعباده
وأما الزاي فزين المعبودين
وأما السين فالسميع البصير
وأما الشين فالشاكر لعباده المؤمنين
وأما الصاد فصادق في وعده ووعيده
وأما الضاد فالضار النافع
وأما الطاء فالطاهر المطهر
وأما الظاء فالظاهر المظهر لآياته
وأما العين فعالم بعباده
وأما الغين فغياث المستغيثين
وأما الفاء ففالق الحب والنوى
وأما القاف فقادر على جميع خلقه
واما الكاف فالكافي الذي لم يكن له كفواً أحد
واما اللام فلطيف بعباده
واما الميم فمالك الملك
اما النون فنور السماوات والأرض من نور عرشه
واما الهاء فهادي لخلقه
واما الواو فواحد صمد لم يلد ولم يولد
واما اللام ألف فلا إله إلا الله وحده لاشريك له
واما الياء فيد الله باسطة على خلقه
Kemudian lelaki tadi memeluk Islam. (Status hadis: Palsu dan Mungkar. Tiada perawi dan sanad dalam hadis ini, disebarkan oleh Syiah). Wallahu a’lam…
0 comments:
Post a Comment